Komuniti.UsahawanTerbilang.com
Komuniti.UsahawanTerbilang.com
Iklankan produk dan perniagaan anda PERCUMA.
<description>Iklankan perniagaan dan produk anda melalui sms dan bayangkan....jutaan pelanggan sedang menanti anda.Untuk daftar percuma, sila taip sms: suria merchant [nama produk/brand/perniagaan][offer/promosi anda] dan smskan ke 32728. Contoh; suria merchant gerai tomyam Hassan diskaun 20% dan smskan ke 32728. Moga langkah pertama ini akan membawa kejayaan yang dimasa depan yang gemilang.Terima kasih.</description>
DPMM: Peniaga bukan bumiputera harus ubah minda
<description>Oleh Ainul Asniera Ahsan
Syed Ali Mohamed.
KUALA LUMPUR 15 Julai – Peniaga bukan bumiputera di negara ini, terutama peniaga kaum Cina perlu membuat perubahan minda bersedia membantu usahawan bumiputera supaya mereka dapat maju dan mampu bersaing secara sihat dalam bidang perniagaan.
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Syed Ali Mohamed Alatas berkata, kerajaan telah berjaya mengubah minda usahawan bumiputera untuk menceburi bidang perniagaan.
Usahawan Melayu kena berani bersaing – Najib
<description>KUALA LUMPUR 15 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar usahawan Melayu supaya berani bersaing dengan bangsa lain dan jangan lagi mengharapkan sebarang kontrak rundingan terus daripada kerajaan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, mereka juga perlu menjadi usahawan yang bermaruah dengan tidak lagi mengharapkan kuota 30 peratus dalam pemilikan ekuiti syarikat.
Tegas beliau, sudah tiba masanya usahawan Melayu menguasai 100 peratus kepentingan syarikat tanpa meminta-minta kuota daripada kaum lain.
9 negara Panik - Internet terjejas teruk kabel dasar laut rosak akibat gempa di Taiwan.
<description>KUALA LUMPUR 27 Dis.  Pedagang menerusi Internet di Malaysia dan sebahagian besar Asia Timur 'panik' hari ini setelah perkhidmatan itu terganggu akibat kabel dasar laut yang membawa taliannya rosak kerana gempa bumi kuat dekat pantai selatan Taiwan malam tadi.
Gangguan itu membabitkan China, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Singapura, Thailand, Malaysia, Hong Kong sehingga ke Australia.
Impak itu dipercayai lebih serius berbanding semasa tragedi tsunami 2004 kerana ia menjejaskan banyak sektor termasuk bursa saham dan pasaran kewangan serta perbankan di beberapa negara rantau Asia.</description>
success if from u!
<description>SUCCESS IS ?KNOWING YOUR PURPOSE IN LIFE,
GROWING TO REACH YOUR MAXIMUM POTENTIAL AND SOWING SEEDS THAT BENEFIT OTHERS..
ASK URSELF TO IDENTIFY YOUR PURPOSE:
1.FOR WHAT I SEARCHING
2.WHY I WAS CREATED
3.DO I BELIEVE IN MY POTENTIAL?
4.WHEN DO I START?</description>
Jual melalui domain sendiri atau laman web percuma
<description>Persoalan ini saya dapat dalam komuniti.usahawanterbilang.com. Memang ramai yang saya dapati di Malaysia ini suka menggunakan laman web percuma untuk menjual barangan atau perkhidmataan.
Ramai usahawan-usahawan online malaysia masih takut dan tidak sanggup menanggung risiko untuk mempunyai laman web tersendiri. Mereka ini lebih suka memakai laman web percuma dengan harapan agar mereka dapat memaksimakan keuntungan dari jualan.
Perkara ini tidak salah dan juga memang tidak dinafikan ianya menjadi trend dikalangan usahawan.
1. Kelebihan menggunakan domain name dan server hosting sendiri sebenarnya tidak memakan modal yang banyak. Paling-paling pun dalam RM160 setahun. Kalau anda bahagikan dengan 365 hari, modal sehari jatuh kepada lebih kurang 50sen sehari.
Dengan mempunyai domain name sendiri, anda sebenarnya membina jenama anda sendiri. Dan juga membina reputasi perniagaan di internet, sekaligus membina kepercayaan pelanggan terhadap anda.
2. Mempunyai kawalan sepenuhnya. Ini bermakna selain dari anda membina jenama anda, anda juga dapat mengawal sepenuhnya bagaimana anda hendak mendapatkan senarai list (list building) untuk pelanggan pada masa hadapan.
Ini boleh digunakan dengan menggunakan pop up dan juga autoresponder. Selalunya tidak semua pengunjung pertama kali anda akan membeli produk dari laman web anda. Dengan adanya tool ini, anda dapat memberitahu pada pengunjung produk-produk terbaru anda dan juga berita terkini mengenai laman web anda.
3. Jika anda mempunyai banyak produk yang hendak dijual, saya cadangkan anda mendapatkan shopping cart. Ini memudahkan anda untuk menambah dari masa ke semasa dan juga memudahkan bakal pembeli mencari barangan kerana ianya lebih teratur dan juga mempunyai enjin carian sendiri.
Ada seorang internet marketers yang pernah saya dengar (nama dipadam) menyatakan bahawa kita perlu mempunyai satu domain name untuk satu produk?. kalaulah anda mempunyai 100 jenis produk yang berlainan adakah wajar mempunyai 100 domain? Dan kalau satu domain berharga RM60 ini bermakna anda terpaksa menggunakan RM 6000 untuk memulakan perniagaan.
Saya rasa internet marketer ini perlu diajar semula perniagaan secara internet.
4. Mesra pelanggan. Dengan mempunyai shopping cart, laman anda akan menjadi lebih mesra pelanggan dan memudahkan pembeli memilih barangan yang akan dibeli dan juga mendapat info yang terkini untuk sesuatun produk.
Kesimpulannya:
Mempunyai laman web sendiri dengan nama domain sendiri sebenarnya banyak membawa kelebihan berbanding menggunakan laman web percuma ataupun subdomain. (oh ya! laman web percuma dan juga subdomain mempunyai iklan yang akan mengganggu pembeli.)
Jadi terpulang kepada anda yang mana anda inginkan?
sumber: http://mohdaidil.net</description>
Bagaimana membina MSI secara online.
<description>Antara perkara yang paling saya suka menjadi seorang usahawan internet adalah saya boleh bangun pagi dengan idea yang baru dan pada sebelah petang ianya akan menjadi realiti.  Atau saya boleh menemui satu cara baru untuk mempromosi produk saya secara online. Atau saya boleh join satu lagi affiliate program. Dengan mengulangi perkara ini, saya dapat membina MSI (Multiple Streams of Income) secara online. 
Anda pasti pernah dengar satu madah. 'Jangan letak telur didalam sebuah bakul' kerana apabila bakul itu jatuh, habis semua telur yang ada didalam bakul tersebut akan pecah.
Dengan membina MSI, kehilangan satu punca kewangan tidak akan membawa padah yang buruk kepada kita. Saya juga amat mengesyorkan agar usahawan dapat membina pelbagai punca income. 
Antara MSI yang boleh kita wujudkan adalah:-
1. membina produk kita sendiri
2. turut serta dalam program affiliate
3. memulakan perniagaan ebay
4. menjual perkhidmatan anda secara online
5. menjual produk anda secara online
dan banyak lagi perkara yang anda boleh lakukan untuk memulakan MSI online.</description>
Mara sasar lahirkan 60,050 usahawan baru
<description>KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) mensasarkan untuk melahirkan 60,050 usahawan baru menjelang berakhirnya Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) pada 2010, kata Pengerusinya Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin.
Beliau berkata pada masa ini terdapat 46,000 usahawan yang berdaftar dengan Mara.
"Untuk mencapai matlamat melahirkan usahawan sebanyak ini (60,050), kita telah mendapat peruntukan besar daripada kerajaan iaitu sebanyak RM3.07 bilion sepanjang RMK9.
"Daripada jumlah itu, sebanyak RM869 juta telah diperuntukkan khusus untuk program pembangunan keusahawanan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penjenamaan Semula Kontraktor dan Showcase Usahawan Rangkai Niaga di Medan Mara di sini hari ini.
Beliau berkata untuk mencapai matlamat melahirkan usahawan kelas menengah dan usahawan utama Bumiputera, Mara menggariskan beberapa strategi dan pendekatan dengan mewujudkan pelbagai program seperti mewujudkan inkubator usahawan, mempergiatkan latihan industri dan latihan niaga serta mewujudkan program mentor mentee.
Beliau berkata program mentor mentee merupakan konsep asas program Rangkai Niaga di mana usahawan yang berjaya dalam bidang masing-masing akan dilantik sebagai mentor untuk membimbing usahawan lain yang berminat menyertai industri yang sama.
"Jumlah minimum sebanyak 10 mentee untuk satu mentor. Mentee ini akan dilatih bagaimana untuk menghasilkan dan menjual produk yang dihasilkan oleh mentor mereka sehingga mereka mahir dengan dunia perniagaan," katanya.
Abdul Hamid berkata sejak program Rangkai Niaga diperkenalkan tahun lalu, Mara berjaya melahirkan 55 usahawan dan mensasarkan 379 usahawan sehingga akhir tahun ini. Beliau berkata program ini mampu membantu melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera dalam pelbagai bidang sepanjang RMK9.
Mengenai seminar yang dianjurkan itu, Abdul Hamid berkata ia bertujuan memberi pendedahan dan peluang kepada kontraktor Kelas F, khususnya wanita supaya turut menceburi pelbagai bidang perniagaan yang baru selain sektor perkhidmatan dan kontrak. BERNAMA</description>
Website atau BLog?
<description>Artikel ini saya ambil dari blog Rajablog.info Mungkin boleh membantu sesiapa yang berkaitan.
Assalamulaikum semua :)
Hari ini saya telah menerima email dari kakak Zawiah yang dihantar melalui contact us form. Saya copy dan paste disini.
“Saya ingin tahu banyak tentang blog.
Saya ingin membuat website,bolehkah saya menggunakan blog sebagai website saya?</description>
Sedang berfikir untuk menceburi bidang perniagaan …. Sila baca ini dahulu!
<description>Artikel 'semua yang anda ingin tahu' ini merupakan satu editorial yang berfaedah yang  memberi  satu senarai 'sebelum anda bermula' yang baik. Senarai ini berguna untuk mereka yang serius untuk memulakan perniagaan sendiri.
Memula dan mengurus perniagaan memerlukan motivasi, keinginan dan bakat.  Ia juga memerlukan kajian dan perancangan yang rapi.Seperti permainan catur, kejayaan di dalam perniagaan bermula dengan langkah yang tegas dan tepat. Walaupun kesalahan  yang dilakukan di peringkat permulaan berniagan tidak begitu menjejaskan perniagaan, tetapi ia memerlukan kemahiran, disiplin dan usaha  gigih untuk mendapatkan  semula peluang tersebut.
Untuk berjaya, cari dan nilai matlamat perniagaan dan  juga diri anda.Gunakan maklumat ini untuk merangka pelan perniagaan secara menyeluruh yang dapat membantu anda mencapai matlamat tersebut.
Proses untuk merancang pelan perniagaan akan membantu anda untuk berfikir mengenai isu-isu penting yang belum anda pertimbangkan. Perancangan anda akan menjadi alat dan buku panduan yang berharga untuk anda berusaha mencari sumber pembiayaan.Ia juga berfungsi sebagai pengukur kejayaan perniagaan anda.
1. Baru Bermula
Sebelum bermula, senaraikan sebab-sebab anda mahu memulakan perniagaan. Sebahagian daripadanya ialah :
· Anda ingin menjadi seorang majikan
· Anda inginkan kebebesan kewangan
· Anda inginkan kebebasan kreativiti
· Anda ingin menggunakan sepenuhnya kemahiran dan pengetahuan yang ada
2. Menentukan perniagaan yang 'sesuai untuk anda'. Tanya diri anda :
· Apa yang saya buat di masa lapang?
· Apakah kemahiran teknikal yang telah saya pelajari atau perolehi?
· Apa pendapat orang lain tentang kebolehan saya?
· Bolehkah saya mendapat sokongan dari keluarga ?
· Berapa banyak masa yang saya ada untuk mengusahakan perniagaan saya?
· Adakah saya mempunyai hobi atau minat yang boleh dipasarkan?
3. Kenalpasti 'niche' perniagaan anda.  Jalankan kajian yang perlu untuk menjawab soalan-soalan ini:
· Apakah jenis perniagaan yang saya minati?
· Apakah khidmat atau produk yang saya akan pasarkan?
· Adakah idea saya praktikal dan bolehkah ia menepati kehendak/ keperluan?
· Siapakah persaing saya?
· Apakah kelebihan perniagaan saya berbanding dengan perniagaan sedia ada?
· Bolehkah saya memberikan khidmat yang berkualiti tinggi?
· Bolehkah saya mengwujudkan permintaan terhadap perniagaan saya?
4. Buat senarai 'pra-perniagaan'.Anda perlu menjawab soalan-soalan ini:
· Apakah kemahiran dan pengalaman yang boleh saya sumbangkan kepada perniagaan ini?
· Bagaimana kedudukan saya di sisi undang-undang?
· Bagaimana rekod perniagaan akan dikendalikan?
· Apakah jenis perlindungan insuran yang diperlukan?
· Apakah peralatan atau bekalan yang diperlukan?
· Apakah imbuhan untuk diri saya?
· Apakah sumber yang saya perlukan?
· Di manakah premis perniagaan saya?
· Apakah nama perniagaan saya?
Jawapan ini akan membantu anda untuk membuat rancangan perniagaan lebih fokus dan menyeluruh  yang boleh berfungsi sebagai 'blueprint'. Ia akan memberi butiran terperinci bagaimana peniagaan akan dijalankan dan diuruskan.
Rancangan perniagaan merupakan asas penting untuk memulakan perniagaan. Setelah anda menyiapkan rancangan tersebut, semak dengan kawan dan rakan perniagaan.  Apabila anda berpuas hati dengan isi dan strukturnya, buatlah temujanji dengan pegawai bank untuk semakan dan perbincangan lanjut. Rancangan perniagaan adalah dokumen fleksibel dan perlu berubah apabila perniagaan anda berkembang.
Tip untuk Mengusaha Perniagaan Runcit
<description>Tip-tip ini diberikan oleh Y Bhg Dato' Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed & Sons Sdn Bhd yang memiliki rantaian Emporium persendirian borong Mydin yang terbesar di Malaysia.
Sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan runcit, pastikan;
    * Anda belajar selok-belok perniagaan ini dari mereka menjalankan perniagaan yang sama.
    * Anda belajar tentang asas-asas perniagaan bagi membolehkan anda mendapat pengetahuan secukupnya dalam setiap sudut perniagaan ini.
    * Anda perlu belajar daripada pengalaman orang lain dari terus kekal dengan idea sendiri kerana mungkin idea tersebut tidak semestinya praktikal.
    * Seseorang usahawan itu mesti 'hands-on' dalam mengusahakan perniagaan.
    * Jangan terlebih atau terkurang dalam membayar gaji kakitangan anda.Bayarlah gaji mereka mengikut kadar yang berpatutan.
    * Apabila anda membuat keputusan untuk terlibat dalam perniagaan, lakukan dengan betul dan berdisplin serta penuh komitmen.Usahalah perniagaan anda dengan sepenuh hati.
    * Beri sepenuh tumpuan dalam perniagaan. Jangan mempelbagaikan perniagaan ke bidang lain menggunakan wang dari perniagaan yang sedia ada. Elakkan dari perkara penting ini.
    * Dalam perniagaan, jangan bersikap terlalu baik hati. Dalam kehidupan, anda tidak boleh terlalu baik dengan orang lain.
    * Anda perlu prihatin terhadap kos.Jangan membelanjakan wang hasil kerja keras anda ke atas perkara-perkara yang tidak berfaeadah.
    * Jangan campur-aduk perbelanjaan perniagaan dengan perbelanjaan peribadi.
    * Anda perlu menunjukkan kepada kakitangan anda yang anda faham dan tahu serba serbi tentang perniagaan anda. Ini menjadikan mereka tidak berani berbohong atau menipu anda.
    * Usahalah perniagaan yang membezakan anda dari orang lain yang terlibat dalam perniagaan yang sama. Jadikan perniagaan anda sesuatu yang istimewa dan unik untuk berbeza anda dari orang lain.
    * Jangan jalankan perniagaan dalam premis milik anda yang boleh di sewa dengan kadar yang tinggi. Sebaliknya carilah premis yang lebih murah yang bersesuaian dengan dengan bajet anda.
    * Apabila menyewa , rancang dan buatlah bajet yang betul bagi memastikan kadar sewa premis mengikut bajet anda. Jangan menyewa di tempat yang mahal walaupun ianya merupakan tempat yang stragetik.
    * Sebelum mencari lokasi perniagaan anda, buatlah perancangan, sediakan bajet dan aliran wang tunai, dapatkan pengesahan-pengesahan yang perlu (seperti pinjaman bank, lesen-lesen), sebutharga dan lain-lain perkara terlebih dahulu. Lokasi yang baik tidak akan menunggu anda.
    * Rancanglah perkara-perkara diluar jangkaan anda.Mengikut hukum Murphy, banyak perkara boleh berlaku secara tidak dijangka, hanya anda cuma perlu bersedia untuk menghadapinya.
    * Ambil insuran untuk melindungi stok, mesin pembayar (cash register), tunai runcit, komputer, sistem amaran dan apa-apa yang perlu diinsurankan.
    * Sentiasa berwaspada dengan risiko perniagaan seperti cap dagangan, bomba, bandaraya dan isu-isu pasar malam.
    * Tiada salahnya jika anda menjalankan perniagaan bersebelahan dengan pesaing anda sekiranya anda tahu kekuatan diri anda dan kelemahan pesaing anda.
    * Dalam perniagaan, berhati-hati dengan nisbah keumpilan. Nisbah keumpilan penting kerana pinjaman mempunyai kadar bunga. Jangan gunakan aliran tunai dari pinjaman bank.Simpanlah untuk kegunaan masa hadapan.
    * Anda perlu berhati-hati dan bertanggungjawab terhadap diri anda.
    * Amalkan etika perniagaan yang baik.Ia akan menjadi contoh kepada orang lain dan ia akan mempermudahkan kawalan dan pemantauan ke atas perniagaan anda.</description>
10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil
<description>Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini……..
1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya.
Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja.  Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan.Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.  
2. Tiada Pelan Pemasaran
Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik  pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25  cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.
3. Tidak mengenali pelanggan anda
Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi  perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.
4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat
Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan  mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda  fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang  mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.
5. Tidak peduli tentang kakitangan
Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat  boleh musnah dengan segera!
6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti
Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.
7. Tiada pelan penjualan.
Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara  untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda.  Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang  membawa masuk jualan. 
8. Penyendiri
Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.
9. Tiada  'Mastermind'
Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah,  kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.
10. Berputus Asa
Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.</description>
Jangan Lokek Berbelanja untuk Iklan - Datuk Mohamed Khaled Nordin
<description>KUALA LUMPUR 6 Feb. - Usahawan bumiputera digesa tidak terlalu `berkira' memperuntukkan sejumlah wang untuk mengiklan dan mempromosikan produk serta perkhidmatan syarikat masing-masing.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, sikap ini dapat dilihat daripada jumlah usahawan bumiputera yang berbelanja dalam bidang pengiklanan adalah sebanyak satu peratus sahaja.
Katanya, keseluruhan jumlah perbelanjaan pengiklanan yang dilakukan oleh semua syarikat termasuk multi nasional pada tahun lalu adalah sebanyak RM4.5 bilion.
Beliau memberitahu, perbelanjaan pengiklanan yang dibuat oleh kumpulan tersebut adalah melalui media cetak seperti surat khabar manakala pengiklanan melalui televisyen pula terlalu kecil.
Beliau berucap pada majlis Pelancaran Segmen Usahawan dalam Program Malaysia Hari Ini (MHI) di Sri Pentas TV3, di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata, sikap mahu mendapatkan keuntungan segera setelah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak dalam bidang pengiklanan juga perlu dibuang memandangkan ia akan menjejaskan pendapatan syarikat.
Sementara itu, mengenai segmen Usahawan tersebut Mohamed Khaled berkata, ia dilaksanakan dengan kerjasama stesen televisyen swasta TV3 yang disiarkan melalui program Malaysia Hari Ini (MHI) setiap Isnin hingga Rabu bermula pukul 8.30 pagi.
Jelasnya, program tiga minit itu akan memberi peluang kepada usahawan untuk mempromosi dan memperkenalkan produk masing-masing kepada orang ramai.
Buat permulaan ujar beliau, sebanyak 10 usahawan yang memiliki pelbagai produk dipilih untuk menjayakan program ini dan ia akan ditambah kepada 40 syarikat usahawan lain.</description>
Melayu Kena Yakin Kebolehan Usahawan Sebangsa
<description>Apabila Gagasan Badan Ekonomi Melayu atau Gabem dilancarkan lebih dua bulan lalu, slogan 'Melayu tolong Melayu' telah dilaungkan. Gabem sebagai badan bukan kerajaan diharap membantu memantau dan menyelaras kemajuan ekonomi Melayu melalui perundingan dan permuafakatan dikalangan pelbagai komuniti ekonomi Melayu.
Hakikat bahawa slogan 'Melayu tolong Melayu' dalam konteks pembangunan ekonomi Melayu perlu disuarakan 36 tahun selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) jelas mencerminkan kegagalan orang Melayu bermuafakat sepenuhnya membantu sesama sendiri.
Laungan supaya 'Melayu tolong Melayu' timbul kerana dalam tiga dekad setengah usaha memajukan ekonomi orang Melayu, didapati orang Melayu sendiri masih sukar memberi sokongan kepada usahawan dan peniaga Melayu.
Berdasarkan sejarah dan budaya, orang Melayu sebenarnya sudah lama hidup dalam suasana bekerjasama. Budaya gotong royong adalah cara hidup orang Melayu terutama apabila menjayakan urusan seperti kenduri kahwin dan mengurus kematian. Budaya ini masih subur hingga sekarang, terutama di luar bandar.
Namun entah mengapa, sikap bantu membantu di kalangan orang Melayu nampak sukar dicapai dalam kegiatan ekonomi berkaitan perniagaan dan keusahawanan. Orang Melayu kelihatan kurang selesa membantu bangsa sendiri mencari kejayaan dalam bidang perniagaan.
Sikap orang Melayu ini mungkin disebabkan sistem penjajahan Inggeris selama lebih 400 tahun yang mana bidang kerja di kalangan masyarakat dijuruskan berasaskan kaum. Cara penjajah ini menyebabkan orang Melayu lebih ramai menjadi petugas kerajaan atau petani dan tidak terfikir untuk menjadi peniaga atau pedagang.
Kesan daripada cara pemerintahan penjajah ini melahirkan kepercayaan bahawa perniagaan dan perdagangan bukan bidang kepakaran orang Melayu. Untuk sekian lama orang Melayu selesa dengan kedudukan dan peranan mereka dalam masyarakat seperti ditentukan oleh penjajah Inggeris.
Apabila negara mencapai kemerdekaan pada 1957, orang Melayu memang sudah jauh tertinggal dalam penguasaan kekayaan ekonomi negara. Orang Melayu mencapai tahap mereka sendiri tidak percaya mereka mampu menjadi peniaga atau pedagang.
Kepincangan dalam agihan kekayaan ekonomi negara berdasarkan kaum sudah tentu memerlukan pembetulan untuk kestabilan dan kesejahteraan negara. Kesedaran dan keperluan ini memuncak pada 1969 dan melahirkan DEB pada 1970. DEB menjadi kaedah untuk mula melahirkan masyarakat perniagaan Melayu.
Namun, jelas usaha mengikis pandangan bahawa Melayu bukan masyarakat perniagaan bukannya kerja mudah. Usaha ini jelas belum berjaya kerana pelbagai statistik menunjukkan pencapaian masih di bawah sasaran. Kita perlu akui 36 tahun tentu tidak cukup mengubah budaya dan pemikiran yang terbina dalam tempoh lebih 400 tahun.
Kita sudah pasti tidak dapat menunggu 400 tahun lagi untuk mengubah kedudukan orang Melayu dalam ekonomi negara. Dengan adanya wawasan untuk menjadi negara maju menjelang 2020, mungkin sehingga itu saja tempoh bagi orang Melayu berbuat sesuatu.
Banyak persepsi negatif diluahkan mengenai usahawan Melayu. Usahawan Melayu sebenarnya menghadapi krisis reputasi dan imej. Antara lain usahawan Melayu dilihat mempunyai masalah sikap, tidak pandai mengurus perniagaan, tiada budaya perniagaan, terlalu bergantung kepada kerajaan dan tidak mampu bersaing.
Kita tahu masyarakat bukan Melayu umumnya memandang rendah kemampuan usahawan Melayu berniaga. Ini berlaku walaupun sudah ada usahawan Melayu membuktikan kemampuan mereka hingga ke peringkat antarabangsa.
Lebih malang ialah masih ramai orang Melayu sendiri meragui kemampuan bangsanya bergiat sebagai ahli perniagaan. Masyarakat Melayu sendiri kelihatan kurang yakin dengan kemampuan usahawan Melayu khususnya dalam bidang tertentu.
Bidang peruncitan umpamanya masih kekurangan usahawan Melayu berbanding kedudukan sebagai kumpulan majoriti rakyat. Menyedari kekurangan ini, beberapa program diperkenalkan kerajaan untuk membangun usahawan Melayu dalam bidang ini khususnya Projek Usahawan Bumiputera dalam Bidang Peruncitan atau Prosper oleh PUNB.
Dalam perniagaan apa sekalipun, pasaran akan menentukan kejayaan perniagaan itu atau sebaliknya. Pasaran negara kita sudah tentu majoritinya orang Melayu. Berdasarkan hakikat ini seharusnya usahawan peruncitan Melayu mempunyai peluang besar untuk berjaya.
Usahawan Melayu pula perlu berusaha memperbaiki cara pengurusan perniagaan mereka untuk menarik keyakinan pelanggan. Pelanggan bukan Melayu biasanya mempunyai pilihan lain kerana banyak perniagaan bukan Melayu untuk dipilih. Dengan sendirinya usahawan Melayu terpaksa berusaha menarik pelanggan Melayu sebagai pasaran utama.
Diakui kebanyakan peniaga Melayu dalam bidang peruncitan dapat bertahan atas sokongan pasaran Melayu. Tetapi kejayaan lebih besar dan cepat akan dicapai jika mendapat sokongan lebih besar daripada pengguna Melayu khususnya.
Malangnya masih ada pengguna Melayu meragui kebolehan usahawan Melayu dalam bidang tertentu, umpamanya bengkel kereta atau kedai cermin mata. Pengguna Melayu seolah-olah kurang yakin dengan kemampuan mekanik Melayu berbanding bukan Melayu, walaupun biasanya mekanik bukan Melayu itu hanya seorang perantis dalam latihan.
Satu lagi alasan tidak melanggani kedai Melayu ialah boleh mendapat harga lebih murah di kedai bukan Melayu. Ini mungkin benar dalam banyak keadaan. Tetapi jika kita ingin membantu usahawan Melayu berjaya, pengguna Melayu perlu membuat pengorbanan menyokong kedai orang Melayu walaupun mahal sedikit.
Dalam suasana usahawan Melayu masih kecil bilangannya, mereka tidak dapat membina jaringan luas sesama sendiri dan skala ekonomi mengurangkan kos. Ini menyebabkan kebanyakan kedai Melayu mempunyai kos jualan lebih tinggi daripada kedai bukan Melayu.
Kedai Melayu akan gulung tikar jika tiada sokongan. Pengguna Melayu perlu terus menyokong kedai Melayu supaya mereka dapat meningkatkan volum jualan. Ini memberi peluang mengurangkan kos unit, sekali gus menjadi lebih bersaing dalam jangka panjang.
Negara akan menyambut ulang tahun ke-49 kemerdekaan tidak lama lagi. Hakikatnya, kita masih belum berjaya mengikis peninggalan penjajah bahawa kononnya orang Melayu tidak mampu menjadi masyarakat perniagaan.
Masyarakat Melayu keseluruhannya perlu berfikir bagaimana dapat membantu sebahagian daripada kita bergiat sebagai usahawan dengan lebih berjaya. Setiap orang Melayu ada ruang membantu membina masyarakat perniagaan Melayu berdaya maju dan berdaya tahan.
AWASLAH... pilih...HALAL!
<description>"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
~ Surah 2 - Al Baqarah : Rangkap 173 ~</description>
PKS perlu tukar cara berfikir!
<description>PETALING JAYA 8 Ogos – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu menukar cara berfikir mengenai strategi perniagaan dan menggunakan pengurusan kewangan yang lebih baik, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Ng Yen Yen hari ini.Katanya, jabatan kewangan sesebuah syarikat memainkan peranan pening dalam mewujudkan pengurusan kewangan yang baik yang boleh meningkatkan pertumbuhannya.“Persekitaran perniagaan global kini sedang berubah.“PKS perlu berubah dari berfikir secara tradisi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Pengurusan Kewangan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia 2006 di sini hari ini.Katanya, pengurusan kewangan berhemah akan memberi manfaat kepada syarikat-syarikat dan menghasilkan aliran tunai serta akses pembiayaan lebih baik, menambah baik keuntungan dan mengurangkan risiko untuk gagal.Ketika berucap, Yen Yen berkata, satu kajian Bank Negara Malaysia (BNM) dalam 2003 menunjukkan salah satu faktor kejayaan PKS yang telah berjaya lebih 10 tahun adalah disebabkan pengurusan kewangan berhemah.“Pengurusan kewangan berhemah tidak merujuk kepada jualan atau keuntungan tetapi kecekapan peruntukan modal,” katanya.– Bernama</description>
Lebih 60% PKS pasar sendiri produk
<description>KUALA LUMPUR 7 Ogos – Lebih 60 peratus daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini bergantung pada usaha pemasaran sendiri untuk menjual produk mereka, manakala 21 peratus menjual produk melalui pameran perdagangan.Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan dalam Laporan Tahunan PKS 2005 yang pertama keluarannya berkata, kaji selidik pihaknya mendapati hanya tujuh peratus menjual produk melalui firma perdagangan.“PKS memerlukan bantuan kerajaan untuk pemadanan perniagaan bagi memudahkan lebih akses kepada firma perdagangan dan penganjuran lebih banyak pameran perdagangan dan jerayawara di Malaysia dan luar negara,” katanya di sini, hari ini.Mengulas lanjut, Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan berkata, kaji selidik itu turut mendapati bahawa PKS tertumpu terutamanya kepada pasaran dalam negeri sahaja dan kurang meluaskan penglibatannya di peringkat antarabangsa.Akibatnya, firma PKS tempatan terlepas peluang dalam persaingan di pasaran besar, ujarnya.Dalam laporan yang sama, majlis itu turut menggariskan hasil kaji selidiknya mengenai masalah operasi perniagaan PKS tempatan antaranya persaingan daripada syarikat lebih besar, tidak mampu memperoleh pinjaman, gagal untuk mendapatkan tenaga mahir dan kurang sokongan daripada kerajaan.RangkaSementara itu, dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang 3 (RRJP3), bagi mengukuhkan sektor-sektor strategik ekonomi, Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan berkata, pembangunan PKS akan diperkukuhkan bagi meningkatkan sumbangan mereka kepada aktiviti perindustrian arus perdana. Penekanan diberi pada pembangunan kelompok perindustrian yang dinamik, peningkatan dalam keupayaan industri untuk menyerap dan menyesuaikan diri dalam menggunakan teknologi baru serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) menerusi pakatan strategik dan penglibatan sektor swasta serta pemerolehan teknologi.Produktiviti pula akan ditingkatkan dengan mempertingkatkan kemahiran dan keupayaan tenaga kerja dan pengukuhan sistem penyampaian, kata laporan itu.Utusan Malaysia, 8 Ogos 2006</description>
Bagaimana menarik traffic ke laman web anda?
<description>Internet Marketing memerlukan anda menjual produk atau perkhidmatan orang lain, atau anda menjual produk atau perkhidmatan anda sendiri. Tidak kisah yang mana pilihan anda, kita ada satu perkara yang paling penting; menarik trafik ke laman web. Tapi yang paling penting adalah menarik targeted trafik, maknanya menarik trafik yang berkualiti yang menginginkan produk atau perkhidmatan kita. persoalannya sekarang, Bagaimana anda mendapat trafik untuk ke laman web anda?Ada 3 method untuk mendapat traffic ke website. Beli - PPC seperti Google, Mamma, Overture, linking dan yang palins susah ialah Search Engine Optimization.Pay-Per-ClickKalau anda mempunyai budget untuk melabur dalam Google atau program search engine pay-per-click, anda boleh mendapat pulangan. Anda perlu mencipta iklan atau iklan berkaitan dengan website anda dan membida untuk keywords yang anda pilih. Ini mengambil masa, tenaga dan kosistensi dan juga penyelidikan. Juga anda dinasihatkan membaca syarat dan peraturan sebelum memulakan pengiklanan PPC ini.LinkingLinking boleh menjadi percuma atau berbayar. Method berbayar adalah untuk membolehkan link anda dikeluarkan di Ezines, newsletter atau pada laman web pengguna lain. Ianya boleh membebankan anda. Dinasihatkan anda melakukan penyelidikan tentang Ezines, newsletter dan lama web pengguna lain sebelum anda membuat keputusan untuk membeli linking dari mereka. Seeloknya mereka hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 500+ subscribers sebelum membuat pengiklanan dalam ezines mereka.Cara percuma ialah dengan menyediakan artikel. Ini memerlukan kerja keras tetapi pulangan akan dilihat pada jangka masa panjang. Artikel anda haruslah relevan dan mengenai perkara laman web anda dan produk anda. Informasi adalah raja dalam dunia Internet dan jika ianya releven pada mereka, mereka akan membacanya dan membeli apa yang anda jual.Search Engine OptimizationSecara amnya ia adalah mengoptimisekan laman web anda supaya anda mendapat ranking yang baik dalam search engine, dan menarik orang untuk ke laman web anda. Ini adalah bahagian yang paling sukar dan memerlukan daya kosentasi yang tinggi dan mengikut syarat dan terma search engine.Kesimpulannya ialah, mendapatkan trafik adalah salah satu bahagian yang penting untuk memperkenal dan memperbesarkan perniagaan anda. Internet marketing adalah untuk anda, individu yang dedikasi, konsisten dan benar-benar mahu membuat perniagaan o­n-line. Maka, jika anda ingin membina kewangan dari dunia o­nline, jangan mengalah dan teruskan mempromosi laman web anda.</description>
Masalah disiplin gagalkan usahawan bumiputera
<description>Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) menyatakan, sebanyak 65 peratus daripada usahawan bumiputera yang gagal dalam perniagaan dirosakkan oleh disiplin dan integriti yang lemah manakala 35 peratus lagi kerana masalah perniagaan yang diceburi.Ketua Pengarah Eksekutif PUNB, Datuk Mohd. Nazri Ahmad berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan menerusi Projek Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Peruncitan (Posper) itu, sebahagian besar usahawan bumiputera didapati gagal membentuk disiplin dan integriti yang baik menyebabkan perniagaan yang dijalankan terpaksa gulung tikar.Katanya, ada juga perniagaan yang gagal disebabkan tempat yang kurang strategik di samping masalah produk yang tidak mendapat sambutan.“Dalam masa lima tahun iaitu dari 2000 hingga 2005, sebanyak 13 peratus daripada usahawan kita gagal dalam perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat khas skim Prosper Siswazah di sini semalam.Sehingga tahun lepas sebanyak 107 daripada 1,040 usahawan bumiputera yang dilahirkan daripada skim yang diperkenalkan sejak tahun 2000 didapati gagal dalam perniagaan mereka. Untuk tahun lepas sahaja PUNB meluluskan 257 permohonan pinjaman skim itu dan untuk tahun ini, perbadanan itu menyasarkan kelulusan sebanyak 280 permohonan.Skim Prosper diwujudkan untuk meningkatkan penyertaan dan penglibatan usahawan dalam sektor peruncitan dengan menawarkan pakej keusahawanan merangkumi pembiayaan perniagaan, pengurusan perakaunan, kemahiran keusahawanan dan khidmat kenal pasti premis perniagaan.Justeru itu, beliau menasihatkan usahawan bumiputera supaya cepat belajar, berdaya kreatif dan mempunyai pengetahuan serta sentiasa bersedia menghadapi cabaran dalam suasana perniagaan yang semakin kompetitif. Sementara itu, menyentuh mengenai skim Prosper Siswazah, Mohd. Nazri berharap siswazah yang masih mengangggur dan berminat dalam bidang perniagaan tetapi kekurangan modal supaya tampil ke hadapan.“Kita mahu graduan bumiputera mempertimbangkan untuk menceburi bidang perniagaan sebagai punca pendapatan mereka selain makan gaji.“Tidak semestinya dia mesti ada kedai, kalau dia mahu menjalankan perniagaan jualan langsung pun kita boleh tolong,” katanya.Beliau berkata, skim Prosper Siswazah merupakan sebahagian daripada skim Prosper iaitu siswazah yang berjaya dalam skim permulaan ini akan diberi peluang menyertai skim Prosper yang menyediakan pinjaman sehingga RM1 juta.Petikan: BERNAMA 23 Julai 2006</description>
Fakta Perniagaan Internet Dunia
<description>Transaksi melalui internet di seluruh dunia telah mencatat $34 billion pada tahun 2005.       Peluang untuk kita mengambil sedikit daripada pendapatan diatas adalah amat       cerah. Peluang sentiasa terbuka. Senarai rakyat Malaysia yang menjadi Jutawan Senyap melalui Internet juga semakin       bertambah. Jadi salah satu cara termudah untuk menjana pendapatan adalah melalui       internet. Kita dapat mengambil peluang dengan harga Ringgit Malaysia yang rendah berbanding Dollar       Amerika. Bayangkan 1 dollar bersamaan 3.7 ringgit. Jika $1000 dolar =       RM3700. Ia merupakan satu kelebihan bagi kita bila menerima wang dari internet. Kita juga telah membantu ekonomi Negara,       dengan membawa wang masuk dari Luar negeri. Apabila anda memulakan perniagaan internet dengan negara luar, anda sepatutnya berbangga kerana anda telah membawa masuk wang dari luar negara ke Malaysia.Fakta Fakta Lain..Statistik tahun 2005 menunjukkan peluang yang amat besar untuk perniagaan Internet secara keseluruhan : * Pengguna Internet di dunia pada Disember 2005 adalah 1,018,057,389 pengguna mengikut Internet World Stats. (Ya... melebihi 1 billion!) *Menurut NITC, jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah sebanyak 10,040,000 pengguna pada Disember 2005. Jumlah ini adalah 38% daripada JUMLAH KESELURUHAN penduduk Malaysia. Jumlah terbesar bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. * Sejak tahun 2000 sehingga kini, kadar penambahan penggunaan Internet di Malaysia adalah hampir 200%! Melihat statistik ini, ia menunjukkan penggunaan Internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas. * Internet World Stats mencatatkan terdapat 332.6 juta pengguna Internet di Asia. Jumlah ini adalah LEBIH dari pengguna Internet di Eropah (290.12 juta pengguna) dan Amerika Syarikat (225.8 juta pengguna) pada Disember 2005. Jelas dilihat dari statistik di atas bahawa Internet membuka peluang perniagaan yang menarik dan mencabar. Tidak dapat dinafikan lagi yang Internet akan berkembang dengan pesatnya pada tahun-tahun yang akan datang. Perkembangan Internet ini akan mengubah cara belian dan jualan di seluruh dunia.  Perkembangan Internet di Malaysia juga berkembang dengan pesat kerana negara sedar yang Internet sebagai sumber maklumat dan perniagaan yang penting. Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia telah memperuntukkan berbilion untuk mengembangkan Industri komunikasi dan teknologi di Malaysia pada tahun lepas. Ini tidak termasuk peruntukan dari pihak swasta! Pendek kata jika anda mempunyai perniagaan, sekarang adalah masanya untuk anda mencabangkan perniagaan anda ke Internet sebelum PESAING anda merebut pasaran ini! Mungkin dengan membaca statistik di atas, anda akan menganggap itu semua hanya berguna kepada syarikat-syarikat besar, syarikat antarabangsa atau syarikat yang mempunyai ratusan pekerja dan bermodal jutaan ringgit. Tidak semestinya. Berikut adalah kelebihan yang dapat diberikan melalui perniagaan di Internet. * Modal permulaan perniagaan yang agak rendah! Syarikat anda tidak perlu bermodalkan berjuta-juta ringgit untuk membuat perniagaan di tahap antarabangsa.  * Internet  tidak mempunyai sempadan untuk berniaga barangan atau perkhidmatan anda. Anda di Malaysia boleh menjual kain batik kepada pelanggan di Zimbabwe!  * Kos pemasaran yang rendah serta percuma yang merangkumi pasaran yang luas. Bayangkan dengan menggunakan email sahaja, anda dapat menghubungi pelanggan anda di benua yang lain pada kos yang minima. Sebelum Internet, cara menghubungi pelanggan di benua yang lain adalah melalui telefon- di mana kosnya adalah amat tinggi.  * Mudah untuk dijalankan secara automatik. Anda boleh membina perniagaan di Internet dan automasikan sebahagian besar dari aktiviti perniagaan tersebut. Dengan ini, anda dapat membebaskan masa anda dari melakukan perkara rutin kepada perkara-perkara yang lebih menguntungkan. Automasi boleh dilakukan dengan menggunakan perisian-perisian komputer tertentu. Sebagai contoh, proses pengambilan pesanan dan penyaluran pembayaran dilakukan tanpa campur tangan pemilik perniagaan. * Kos pekerja dan operasi yang amat rendah! Dengan menggunakan program di Internet dan perisian komputer, anda dapat mengurangkan jumlah pekerja (atau tiada pekerja langsung!). * Pelanggan serata dunia. Tidak kira di mana anda dan pelanggan anda berada, Internet membolehkan proses jual beli dilakukan. Pengguna Internet di dunia pada 2005 adalah lebih dari 1 bilion pengguna! * Mudah dan murah untuk mencuba pasaran anda dan mengurangkan kadar risiko kos perniagaan baru. Sebuah perniagaan kecil di Internet dapat dimulakan pada kos serendah RM500. Ini amat berbeza dengan perniagaan bukan Internet yang kebiasaannya memerlukan modal yang lebih besar, namun pasaran adalah terhad kepada kawasan persekitaran. *Pantas mendapatkan pulangan. Anda boleh menjual produk baru hari ini, dan mengaut keuntungan dalam beberapa jam sahaja dengan cara promosi yang berkesan. * Mudah dan pantas untuk mendapat maklumbalas pengguna dan membuat kajian pasaran. * Internet bukan sahaja dapat memberi keuntungan untuk perniagaan antarabangsa. Perniagaan tempatan juga dapat mengaut keuntungan dengan cara menarik pelanggan tempatan.  Secara amnya, anda tidak akan dapat media yang memberi peluang yang memerlukan modal kecil dan liputan yang besar. Jikalau anda sedia mempunyai perniagaan atau mempunyai kepakaran, yang boleh diubah menjadi perniagaan, Internet boleh menjadi salah satu cabang untuk perniagaan anda.                     _________________________                    </description>
Usaha lahirkan 150,000 usahawan bumiputera
<description>								 							 			 			 		 				 			 			Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan berusaha melahirkan lebih 150,000 usahawan bumiputera baru dalam pelbagai sektor sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).Ketua Penolong Setiausaha kementerian itu, Zakaria Jaafar berkata, antara agensi-agensi di bawah kementeriannya yang turut terbabit dalam usaha itu ialah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Bank Pembangunan Malaysia Bhd. (BPMB) dan perbadanan-perbadanan kemajuan ekonomi negeri (PKEN).“Usaha melahirkan usahawan baru bumiputera adalah selaras dengan sasaran kerajaan untuk melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.Mengulas lanjut, Zakaria berkata, antara sektor yang menjadi tumpuan dalam usaha berkenaan ialah pertanian, pengilangan, tenaga, perkhidmatan dan pemotoran.Pihaknya telah menyediakan pelbagai program termasuk Gerak Usahawan untuk menjayakan usaha tersebut dan telah membuat pameran bergerak mengenainya di beberapa buah negeri antaranya Sarawak, Kedah, Terengganu dan Johor.Pameran bergerak tersebut akan diteruskan kepada beberapa negeri lain selepas ini dengan tumpuan ke atas peniaga kecil dan sederhana bumiputera, katanya.Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, Zakaria menambah, permohonan lesen kontraktor kelas F dibekukan kerana kerajaan mendapati pasaran untuk pemegang lesen itu telah tepu.- Petikan dari Utusan Malaysia (9 Jul 2006)</description>
Undang-undang Perdagangan Elektronik 2006 Diluluskan.
<description>KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Rang Undang-undang Perdagangan Elektronik 2006, bagi mengatasi halangan yang wujud dalam menjalankan transaksi secara elektronik di negara ini, diluluskan di Dewan Rakyat Isnin.
Rang undang-undang itu mengiktiraf dari segi undang-undang semua transaksi yang dijalankan secara elektronik tetapi pada masa yang sama tidak menghalang transaksi secara konvensional. “Dengan adanya penentuan sah, perkara itu akan memberi keyakinan kepada masyarakat secara umum untuk membuat transaksi secara elektronik,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shafie Apdal.
Panduan pantas untuk anda memulakan perniagaan online
<description>Hendak memulakan perniagaan dengan pantas? Disini ada senarai yang anda perlu refer (checklist).</description>
Pentingnya Nama Domain Dalam Perniagaan Internet
<description>Kebanyakan mereka yang berniaga di internet tidak sedar perkara yang paling asas dalam perniagaan internet. 
Ia adalah NAMA DOMAIN. Nama domain akan mempengaruhi kedudukan anda dalam Search Engine Optimizer (SEO). Sebagai contoh jika anda berniaga keropok online, tetapi domain anda adalah seperti kedaisaya.com, ia tidak melambangkan perniagaan keropok anda. 
Dan begitu juga apabila pengguna internet ini mencari keropok untuk di beli melalui internet maka kedudukan anda di SEO akan berada di tempat yang terkebawah. Ini bermakna potensi web anda untuk dilihat oleh pengguna internet akan berapa di tahap yang sangat rendah. 
Nama domain yang sepatutnya adalah belikeropok.com. Dengan cara ini anda dapat membawa pengguna internet terus ke website anda apabila mereka membuat carian melalui Enjin Pencari.
Seseorang yang berniaga di internet harus mengikut keperluan pelanggan, bukan keperluan diri sendiri. Peniaga internet yang dapat memenuhi kehendak pelanggan dan dapat menyelesaikan masalah pelanggan akan menjadi seorang yang berjaya.</description>
Pentingnya domain anda sendiri.
<description>Mungkin anda hendak bermula dengan secara kecil-kecilan dan tidak merasakan perlunya domain name anda sendiri. Dan anda pasti akan berjumpa dengan perkhidmatan subdomain yang mana anda tidak perlu membayar satu sen pun untuk memulakannya. Kemudian anda letak URL pada business card anda dan juga brosur dan mula menyebarkannya. </description>